Aktiviti Yang Boleh Mengisi Masa Anda

Aktiviti yang sering saya lakukan: Mendaki bukit๐ Sejak saya tingkatan tiga, saya selalu mendaki Bukit Serdang yang terletak di Serdang, Selangor. Dahulu, bukit ini hanyalah satu hutan terbiar. Selepas diubah suai oleh p enggemar mendaki gunung, bukit ini semakin cantik dan menjadi bukit yang sangat popular di Selangor. Bukit Serdang semakin popular disebabkan oleh bukit ini mempunyai satu puncak matahari terbit dan telah menarik minat banyak penggemar mendaki gunung untuk mengambil gambar. Saya selalu mendaki bukit ini bersama dengan keluarga saya pada hujung minggu. Kami lebih gemar mendaki bukit pada pukul 6.30 pagi kerana cuaca tidak terlalu panas dan juga boleh menikmati pandangan yang cantik seperti matahari terbit. Mendaki bukit ini tidak akan menjadi cabaran yang besar, pemula mendaki gunung boleh cuba mendakit di Bukit Serdang. ...