Apakah Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Mytown Pada Hujung Minggu?( >◡❛)

Apakah Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Mytown Pada Hujung Minggu?( >◡❛)

    Kadang-kala, saya dan kawan-kawan ingin melakukan aktiviti hiburan pada hujung minggu sebagai ganjaran berusaha belajar sepanjang minggu. Untuk blog ini,saya akan memperkenalkan bagaimanakah kami meluangkan masa di pusat membeli-belah Mytown,Cheras. Kami akan menaiki rapid kl bas T451 ke MRT Stadium Kajang untuk menaiki MRT. Selepas itu,kami akan turun di stesen Taman Cochrane yang terus menuju ke Mytown.

    Selepas tiba. kami memilih ke IKEA untuk menjamu selera. IKEA bukan sahaja menjual pelbagai jenis perabot atau peralatan rumah, namun juga menawar pelbagai jenis makanan yang sedap. Pada pendapat saya, fishnchips, meatballs, mashed potatoes, mushroom soup dan spring roll di IKEA memang sedap.😋


Ikea menawarkan pelbagai jenis makanan termasuklah pencuci mulut seperti croissant dan cupcake.

    Selepas mengisi kelaparan, kami terus menuju ke Loud Speaker Family Karaoke yang terletak di basement Mytown untuk menyanyi.😜Untuk member Loud Speaker Family Karaoke, kos untuk menyanyi selama 3 jam adalah RM15 seorang  manakala untuk non-member, kos adalah sebanyak RM28 seorang.



    Selepas sesi karaoke, kami turut akan berjalan-berjalan di sekitar Mytown. Kadang-kala kami akan masuk kedai pakaian seperti ZARA atau kami akan menuju balik ke IKEA untuk meluangkan masa.


    Sebelum balik ke Kolej, kami turut akan menikmati selera di Mytown sebagai makanan malam. Kami sekumpulan orang memilih untuk menikmati selera di Mighty Monster yang menawarkan makanan-makanan barat. Makanan di sana juga memang sedap, namun harga makanan agak mahal di sana. Selepas itu, kami pun balik ke UKM~







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Pertama di UKM˙³˙

Pengenalan diri

Pulau Langkawi 4 hari 3 malam