Aktiviti Yang Boleh Mengisi Masa Anda
Aktiviti yang sering saya lakukan: Mendaki bukit๐
Sejak saya tingkatan tiga, saya selalu mendaki Bukit Serdang yang terletak di Serdang, Selangor. Dahulu, bukit ini hanyalah satu hutan terbiar. Selepas diubah suai oleh penggemar mendaki gunung, bukit ini semakin cantik dan menjadi bukit yang sangat popular di Selangor. Bukit Serdang semakin popular disebabkan oleh bukit ini mempunyai satu puncak matahari terbit dan telah menarik minat banyak penggemar mendaki gunung untuk mengambil gambar.
Saya selalu mendaki bukit ini bersama dengan keluarga saya pada hujung minggu. Kami lebih gemar mendaki bukit pada pukul 6.30 pagi kerana cuaca tidak terlalu panas dan juga boleh menikmati pandangan yang cantik seperti matahari terbit. Mendaki bukit ini tidak akan menjadi cabaran yang besar, pemula mendaki gunung boleh cuba mendakit di Bukit Serdang.
Saya juga membawa kawan-kawan saya mendaki Bukit Serdang beberapa kali. Ada sekali, kami telah membawa kek bulan ke puncak matahari terbit untuk menyambut perayaan pertengahan musim luruh. Bukit itu penuh dengan tanglung. Sayang sekali, kami tidak melihat matahari terbit pada hari itu.
Bukit Serdang juga mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang cantik dan unik. Saya dengan kakak dan ibu saya mendaki ke seluruh bukit untuk mencari tumbuh-tumbuhan yang unik. Kewujudan tumbuh-tumbuhan itu juga salah satu faktor menyebabkan bukit ini semakin popular.
๐ BUKIT SERDANG, SELANGOR
๐ TERBUKA KEPADA SEMUA ORANG
#activities #bukitserdang
Ulasan
Catat Ulasan