Pulau Langkawi 4 hari 3 malam
**Tempat kediaman: Lot 33 Boutique HOTEL
Hotel ini dekat dengan pantai tengah, jalan kaki sebanyak 10 minit boleh sampai. Terdapat bar dan pernyanyian pada waktu malam di hotel ini. Servis yang baik dan mesra oleh pelayan, terdapat kolam berenang dalam hotel ini. Setiap kali kami memasuki hotel ini, ada perasaan macam balik rumah sendiri. Persekitaran yang cantik dan bersih, lokasi yang strategik. Wujud sarapan buffet yang murah bagi pengenap.
HARI PERTAMA
1. Sarapan: Smiling Buffalo Cafe ⭐⭐⭐
French Toast yang paling dicadangkan, manakala makanan lain ok je pada pandangan sayaπ
π
. Persekitarannya sesuai untuk mengambil gambar, tetapi tempat makan di luar cafe, iaitu lantai pasir mempunyai sangat banyak semut merah yang besar, saya takut sangat digigit.
2. Tempat Pelancongan: Dataran Lang
Pelancong boleh mengambil gambar di sini sebab tempat ini wujud ukiran lang besar dan berhadapan dengan laut. Terdapat banyak gerai kecil yang menjual ais krim, air mineral, dan pelbagai pakaian yang sesuai dipakai di tepi pantai.
3. Tempat Pelancongan: Underwater World Langkawi
Terdapat banyak hidupan laut dalam bangunan ini, seperti ubur-ubur, penguin, dan pelbagai spesis. Yang ingin beli pelbagai cenderamata dan coklat boleh beli di tempat ini. Apabila melawat tempat ini sampai hujung, boleh menjumpai sebuah kedai cendaramata yang bersambung dengan Underwater World Langkawi.
Semua makanan di kafe ini sedap sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kafe ini berhadapan dengan pantai tengah, pelancong dicadangkan datang pada pukul 5 petang, boleh sambil makan sambil menikmati pemandangan pantai tengah Langkawi.
5. Tempat Pelancongan: Pantai Tengah
Selepas makan malam, boleh mengambil gambar di depan Hidden Cafe dan tengok matahari terbenam. Sabar dan tunggu sampai pukul 8 malam, akan mengadakan persembahan api di depan Hidden Cafe. Berikut adalah rakaman saya di tingkat 2 Hidden Cafe:
HARI KEDUA
1. Sarapan: Lot 33 Boutique HOTEL ⭐⭐⭐
Disebabkan kami mengenap di hotel ini, jadi kami terus makan buffet sarapan yang ditawarkan, iaitu RM15 bagi setiap orang. Buffet tersebut mengadungi kacang sarapan, telur goreng, roti, strawberi jem, butter, kopi, teh dan sebagainya.
2. Kegiatan dan Permainan: Pantai Cenang
Terdapat banyak gerai kecil yang menawarkan pelbagai aktiviti permainan di Pantai Cenang dengan harga yang berbeza, pelancong boleh membandingkan dan memilih pakej yang puas hati antara gerai. Contohnya, jetski, banana boat, donut boat, parasailing, dan sebagainya. Apabila kami memilih pakej jetski yang RM500 bagi 2 orang untuk bermain 4 jam, akan wujud pemandu pelancong yang mengajar kami cara menaik jetski. Dia bawa kami ke pulau-pulau kecil lain dengan jetski. Tempat yang dikunjungi seperti Dayang Bunting Marble Geoforest Park, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah.
3. Makan Malam: Wonderland Food Store ⭐⭐⭐⭐⭐
Ini merupakan restoran non halal, makanannya murah dan sedap, kami order Udang Asam 200g, Gamheong Kima kecil, Sotong Butter kecil, Tomyam Seafood Sup kecil, Kangkung Belacan kecil, 2 pinggan nasi, 2 gelas China teh ais, jumlah lebih kurang RM80 sahaja.
HARI KETIGA
1. Tempat Pelancongan: Langkawi Wildlife Park
Terdapat banyak peluang untuk mempunyai penyuapan dan sentuhan dengan haiwan-haiwan seperti ular, itik, rusa, raccoon, arnab dan sebagainya. Dicadangkan datang awal sebab haiwan-haiwan belum makan lagi, pelancong boleh memberi makanan yang sesuai kepada mereka dan mengambil gambar. Apabila datang lewat, haiwan-haiwan dah kenyang dan tak nak lagi makanan yang diberi oleh pelancong.
Semua makanan kafe ini sedap sangat dan ini merupakan kafe masakan sayur. Persekitaran kafe ini sesuai untuk mengambil gambar dan berehat. Walaupun saya seorang yang kecenderungan makan masakan daging pun sangat suka makanan di sini π
3. Tempat Pelancongan: Telaga Tujuh Waterfall
Pelancong yang suka mendaki gunung boleh datang sini, dekat separuh gunung ini mempunyai air terjun, tandas untuk mandi dan tukar baju juga disediakan, jadi pelancong boleh bawa pakaian berenang untuk main air di sini. Kalau bersemangat untuk mendaki sehingga puncak gunung, boleh menikmati pemandangan yang lagi cantik. Tandas untuk mandi dan tukar baju juga disediakan di sini. Yang memang suka mendaki gunung barulah naik puncak sebab letih sangat arhhhhhhhhh
4. Makan malam: Pasar Malam Kuah ⭐⭐⭐⭐
Pasar malam ini yang adalah untuk hari Rabu, yang nak pergi pada hari lain boleh google lokasi pasar malam lain. Harga makanan sini memang terkejut saya sebab murah sangat dan berbaloi!!! Yang kami beli cukup untuk makan malam tiga orang dan tidak melebihi RM40, murah sangat berbanding dengan harga KLπ±π± Pasar malam ini besar dan mempunyai banyak pilihan, sebiji burger biasa hanya RM2 sahaja!!!!!
HARI KEEMPAT
1. Kegiatan dan Permainan: Island Hoping
Pelancong boleh beli pakej Island Hoping dengan mana-mana gerai di Pantai Cenang, Pantai Tengah, atau pantai lain. Yang saya beli adalah RM50 bagi seorang pelancong. Pihak gerai akan membawa para pelancong ke pelabuhan untuk naik kapal. Tempat yang akan dilawat lebih kurang sama dengan aktiviti jetski yang 4 jam itu, iaitu Dayang Bunting Marble Geoforest Park, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan mungkin ada tempat lain lagi. Tujuan saya beli pakej Island Hoping cuma untuk mempunyai pengalaman menaik kapal sahaja πππ Walau bagaimanapun, syok sangat sebab angin laut sangat besar. Apabila melawat Pulau Beras Basah, pelancong mempunyai peluang untuk membeli pakej di gerai situ, jadi dicadangkan membawa baju yang lebih supaya boleh menukar apabila basah. Kalau pelancong yang balik ke pelabuhan memakai pakaian yang basah, pihak gerai Island Hoping tidak membenarkan pelancong naik kenderaan vannya dan pelancong kena membeli baju baru juga di gerai baju pelabuhan.
2. Makan Petang: Gua MAHA & GM Farm Seafood Restaurant ⭐⭐⭐⭐⭐
Terdapat kedai yang menjual produk sarung burung layang-layang dan gua burung layang-layang. Bubur hidupan laut ini hanya RM40 dan cukup untuk 3 atau 4 orang makan. Dalam mengandungi ketam, ikan, abalone, sotong dan kima yang banyak. Sedap dan berbaloi! Aiyu Jelly dan dessertnya juga boleh mengurangkan ketidakselesaan cuaca panas.
Makanan di restoran ini sedap dan komponennya besar, pemandangannya cantik dan terdapat Rainbow Bridge yang boleh mengambil gambar dan buaian disediakan kepada pelanggan di hujung Rainbow Bridge. Walau bagaimanapun, pelanggan mestilah berhati-hati sebab pihak restoren tidak akan bertanggungkawab ke atas apa-apa kemalangan di Rainbow Bridge ini. Pelanggan boleh datang awal sikit sebab waktu makan malam akan mempunyai banyak pelanggan yang makan sini dan banyak orang yang ingin ambil gambar di Rainbow Bridge. Makanan yang kita order dah cukup untuk 3 orang. Lokasinya strategik bebab tak jauh dari Langkawi International Airport. Selepas makan, kami terus pergi airport dan tidak perlu kejar masa.
Ulasan
Catat Ulasan