Aktiviti yang saya paling suka di UKM

  Sebelum memasuki UKM, aktiviti yang saya paling suka ialah bermain badminton. Hai ini kerana badminton lebih seronok dan boleh mencapai tujuan menyihatkan badan. Oleh itu, saya membawa raket saya ke UKM supaya boleh bermain dengan rakan yang baru dikenali. Bertuahnya saya bebab apabila mengenali kawan baru di kolej kediaman, saya mengetahui bahawa kebanyakan mereka berminat untuk bermain badminton dan terdapat sebuah gelanggang badminton di kawasan kolej saya. Gelanggang badminton tersebut tidak mempunyai jaring dan berada di luar, lampunya juga rosak di sebelah kiri. Jadi apabila kami bermain badminton waktu malam,  cahaya lampu di sebelah kanan akan mempengaruhi penglihatan pemain di sebelah kiri, manakala lampu di sebelah kanan telah rosak dan tak akan mempengaruhi pemain di sebelah kanan. Walau bagaimanapun, kami bersyukurlah kerana gelanggang badminton yang disediakan.

  Selepas seminggu kami main di gelanggang badminton, kami telah mengenali senior yang mempunyai jaring gelanggang badminton, jadi kami bermain sama sekali. Masa tu barulah minggu keempat, jadi beban tugasan dan kuliah masihlah kurang, kami sentiasa main badminton sampai pukul 12 malam. 


  Kadang kala saya dan rakan-rakan juga akan pergi gelanggang badminton di pusanika, sebab bangunan situ boleh mengurangkan angin dan tidak mempengaruhi pergerakan bulu tangkis. Gelanggang tersebut tiada tiang jaring dan jaring, lukisan garis di tanah juga hampir hilang, kena berhati-hati sebab tanah di gelanggang tersebut mempunyai lubang yang akan menyebabkan kecederaan jika jatuh.

  Gelanggang badminton di KUO lebih bagus berbanding dengan KAB dan pusanika sebab sama juga percuma, tempat tersebut mempunyai tiang jaring, pondok yang boleh rehat, hampir tiada nyamuk, kualiti tanah gelanggang OK, dan jarang dipengaruhi oleh angin. Gelanggang badminton di KKM lagi baik walaupun hanya mempunyai tiga gelanggang, jauh dan kena disewa oleh penduduk KKM tetapi harga sewanya RM5 sejam sahaja, tanahnya juga sesuai kerana tidak menjejaskan bunga di bawah kasut sukan. 


  Senior-senior juga mengajak dan mengajar kami bermain pingpong. Tetapi rakan saya tidak minat, jadi hanya saya yang bermain pingpong dengan mereka. Mereka sangat mesra dan sabar untuk mengajar dan bermain pingpong dengan saya. Jadi saya mengenali semakin ramai senior dan kami sentiasa bermain badminton dan pingpong bersama-sama. Danny, senior saya bergurau dan kata bahawa persembahan saya dalam pingpong telah menambah baik dari 20% ke 70%. Dia sentiasa mengajar saya beberapa teknik dalam bermain badminton dan pingpong, dia merupakan guru saya dalam kedua-dua permainan sukan ini. Lama-kelamanan, dia menjadi pasangan saya ๐Ÿ˜ณ๐Ÿ˜ณ

  Asalnya kami bermain pingpong di KUO, tetapi mulai bulan Febuari 2023, meja pingpongnya telah dikunci oleh penduduk KUO, kami tak faham tujuannya mengunci meja yang berbuka kepada awam dan dimiliki oleh pihak KUO๐Ÿ˜, sikap ini memang mementingkan diri ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ก. Oleh itu, kami tukar ke tempat KIY, terdapat sebuah meja pingpong di KIY. Saya memang harapkan kewujudan sekurang-kurangnya sebuah meja pingpong di KAB, jadi kami boleh bermain bila-bila masa๐Ÿ˜„.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Pertama di UKM˙³˙

Pengenalan diri

Pulau Langkawi 4 hari 3 malam