Bilut Hills @ Bentong

Bilut Hills @ Bentong untuk 2 hari 1 malam


        Pada 20-21 Ogos 2022, keluarga saya mengadakan satu perjalanan keluarga yang 2 malam 1 hari di Bilut Hills @ Bentong. Pakej yang ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad adalah RM268 bagi seorang dewasa dan RM170 bagi seorang kanak-kanak. 

Pakej Bilut Hills 2022

        Sebelum daftar masuk ke Bilut Hills, kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek dan pergi menikmati sarapan pagi bersama-sama dahulu. Kami berkunjung ke Restoran Jin Xuan Hong Kong di Dataran C180, Cheras untuk makan dim sum.

   
Makan sarapan pagi di Restoran Jin Xuan Hong Kong di Dataran C180, Cheras

        Selepas makan sarapan, kami bertolak bersama-sama ke Bilut Hills sepanjang dua jam. Ketibaan di Bilut Hills pada pukul 1.50pm. Kami bersedia untuk daftar masuk ke resort pada pukul 2pm. Semasa kami mendaftar masuk ke resort, pekerja juga memperkenalkan aktiviti yang akan diadakan pada masa itu. Kami telah menikmati "welcome drink" dan minum petang secara percuma di kafe.

   
          
Ketibaan di Resort Bilut Hills

        Selepas itu, kami telah berjalan-jalan dan menikmati pemandangan di Bilut Hills. Bilut Hills juga membekalkan kemudahan hiburan di mana kami boleh menikmati nyanyian, bermain kad, dart atau snuker dan boleh berenang di kolam renang 360 darjah. Terdapat juga aktiviti luar yang merupakan aktiviti yang mesti dicuba seperti kenderaan off-road ATV yang mencabar, aktiviti memanah di mana seseorang boleh melatih penglihatannya, Flying fox yang boleh melatih sesorang keberanian serta aktiviti memberi makan arnab untuk kanak-kanak.

  
 Saya terlibat dalam aktiviti-aktiviti hiburan tersebut.

        Selepas telibat dalam aktiviti-aktiviti hiburan, kami pulang ke resort untuk menikmati makan malam yang percuma iaitu steamboat. Kami juga makan ais krim selepas makan malam.

 
Makan malam iaitu steamboat di kafe Bilut Hills.

        
        Apabila kami memutusukan mandi dengan bergilir-gilir, saya membuat keputusan ingin pergi mandi dahulu. Oleh itu, saya sendiri pulang ke resort, tetapi kemalangan berlaku secara tiba-tiba. Saya perasan mempunyai seekor labah-labah dalam bilik saya. Saya menghubungi keluarga saya dengan segera. Dalam sekejap, ia menjadi sekumpulan orang berkumpul di bilik saya untuk menangkap labah-labah itu. Akhirnya, nasib baik labah-labah itu telah ditangkap.πŸ˜‚πŸ˜…

Jeritan kami apabila bertemu labah-labah
    
         Untuk aktiviti malam, kami berkunjung ke bilik nyanyian untuk menikmati nyayian. Bilik nyanyia tersebut sangat besar dan boleh memenuhi sekeluarga saya. Ibu saya juga tunjukkan suara nyanyiannya dengan menyanyikan beberapa lagu. Selepas menikmati nyanyian, perjalanan untuk hari ini telah tamat.
Bilik nyanyian di Bilut Hills


        Pada hari yang kedua, kami bangun pada pukul 6am. Kami mendaki gunung dengan mengikut kakitangan untuk melihatkan matahari terbit. Selain daripada itu, kami juga nasib baik boleh melihatkan lautan awam yang cantik. Selepas mendaki gunung, kami balik ke kafe untuk menikmati bufet sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap seperti nasi lemak, spaghetti, roti bawang putih dan sebagainya. Selepas makan sarapan pagi, kami juga berkunjung ke taman arnab untuk memberi makan arnab. Arnab-arnab sangat comel! Selepas aktiviti ini, kami pun mengemas beg untuk daftar keluar resort. Perjalanan keluarga ini telah tamat dan saya berasa gembira kerana dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga saya.


  
Mendaki gunung untuk menikmati pemandangan yang cantik

                                                             
                                                Makan sarapan pagi               Berkunjung ke taman arnab


Ini adalah satu vlog yang saya buat untuk merekod kenangan saya.


πŸ’‘: Apabila anda memerlukan pelarian singkat dari rutin harian yang padat, Bilut Hills sememangnya pilihan terbaik untuk merehatkan minda dan jiwa anda. 


#places #bilut hills

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Pertama di UKM˙³˙

Pengenalan diri

Pulau Langkawi 4 hari 3 malam