3 Tempat Yang Saya Kerap Kunjungi Di UKM,Bangi๐
Saya sebagai pelajar baru sesi 22/23 akan memperkenalkan fasiliti dan restaurant yang telah saya eksploitasi.๐
Untuk fasiliti sukan, stadium UKM amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang suka bersukan terutamanya joging. Stadium UKM terletak di hadapan Kolej Ibu Zain dan Kolej Rahim Kajai. Trek larian tersebut adalah sepanjang 400 meter dan kapasiti tempat duduk di sana adalah sebanyak 400 orang. Stadium UKM juga sesuai digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Misalnya,semasa Minggu Apresiasi Watan (MAW) yang dikenali sebagai orientation week, pelajar-pelajar baru perlu menyertai program Semarak Sukan UKM yang diadakan di Stadium UKM. Wakil-wakil kolej telah dipilih untuk menjalankan perbarisan dan persembahan.
Stadium UKM
Perbarisan yang dijalankan di Stadium UKM
Selain itu,terdapat juga gerai yang dikenali sebagai Monti Keopi yang menjual pelbagai jenis minuman yang terletak di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Monti Keopi menawarkan minuman yang mengandungi kafein atau tidak mengandungi kafein. Antara minuman kafein yang ditawarkan adalah Espresso, Americano, mocha dan sebagainya. Untuk minuman yang tidak mengandungi kafein pula, terdapat strawberry latte, matcha latte, chocolate hazelnut dan sebagainya. Sebagai peminat matcha, saya amat suka matcha latte yang dihasilkan oleh Monti Keopi kerana matcha dan susunya digabungkan dengan baik. Gabungan antara matcha dan susu yang mempertahankan cita rasa asal matcha dan memberikan kelembutan dalam mulut, menjadikan minuman ini sangat memuaskan. Jika anda berminat dengan matcha, maka matcha latte dari Monti Keopi memang patut anda cuba.
Lokasi Monti Keopi di FSSK
Untuk restaurant pula, saya ingin memperkenalkan restoran Hot Meal Bar yang diasaskan oleh Chinese Muslim. Hot Meal Bar terletak di aras 3, Pusanika dan dioperasi dari Isnin hingga Sabtu yang menjual pelbagai jenis makanan China yang halal. Antara makanan yang terkenal di sana ialah Beijing noodle iaitu Zha Jiang Mian, Kungpao chicken, xiaolong bao dan sebagainya. Restoran ini turut menjadi pilihan popular dalam kalangan mahasiswa UKM termasuklah mahasiswa antarabangsa untuk menjamu selera di sana . Malahan, mahasiswa-mahasiswa UKM akan mendapat diskaunt di sana dengan hanya perlu menunjukkan kad siswa semasa membuat pembayaran di kaunter. Selain itu, restoran Hot Meal Bar turut menawarkan set lunch iaitu nasi campur atau mi campur yang merangkumi 3 hidangan dengan harga yang berpatutuan. Semua pelajar dialu-alukan untuk menikmati selera di sana.๐
Zha Jiang Mian ๐
Nasi campur yang ditawarkan oleh Hot Meal Bar
Ulasan
Catat Ulasan