Pengenalan diri

Pengenalan diri tentang Xin



        Salam sejahtera kepada semua, saya Phuan Hui Xin dan telah berumur 21 tahun. Saya berasal dari Kajang, Selangor dan merupakan seorang mahasiswi bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya mengambil program Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (BE) di UKM dan masa pembelajaran sepanjang tiga tahun. Apabila saya belajar BE di UKM, saya menetap di Kolej Aminuddin Baki (KAB). Oleh disebabkan UKM terletak di Bangi, saya akan pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. 

        Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar, gambar sebelah kiri bawah merujuk kepada saudara mara di keluarga bapa saya manakala gambar sebelah kanan bawah merujuk kepada saudara mara di keluarga ibu saya. Pada setiap Tahun Baru Cina, kami akan mengambil potret keluarga untuk sebagai kenangan. Saya menantikan setiap Tahun Baru Cina kerana seluruh keluaga dapat dikumpul dengan bersama-sama. ๐Ÿ‘ช๐Ÿ’•


           
      ๐Ÿ‘†Saudara mara di keluarga bapa saya          ๐Ÿ‘†Saudara mara di keluarga ibu saya


        Selepas SPM, saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan enam iaitu STPM. Ini disebabkan oleh saya hanya mendapat 4A dalam SPM, saya berasa keputusan SPM ini susah untuk mendapat biasiswa yang ditawarkan oleh universiti-universiti. Oleh itu, saya memutuskan untuk mengambil STPM di sekolah menengah saya iaitu SMJK Yu Hua, Kajang supaya tidak menangguhkan yuran pengajian yang lebih tinggi. Saya telah menetapkan matlamat apabila saya memasuki STPM iaitu mendapatkan keputusan yang cemerlang supaya boleh dapat tawaran IPTA. 

            Selepas memasuki STPM, saya berasa STPM tidak sesusah yang diperkatakan oleh semua orang kerana saya mengenai rakan-rakan yang suka tolong-menolong dalam pelajaran dan guru-guru yang sangat menarik dan mesra. Saya telah mempelajari subjek Pengajian Am, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Perakaunan di STPM. Walaupun saya juga mempunyai menghadapi cabaran iaitu tidak kefahaman dalam pelajaran, tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan oleh guru-guru dan kerja kursus yang sangat beban bagi saya, tetapi saya juga dapat bantuan daripada guru-guru dan rakan-rakan saya. Kami bergaul dengan baik dalam sepanjang dua tahun. 


      
๐Ÿ‘† Kelas tingkatan enam saya di SMJK Yu Hua, Kajang

                         
๐Ÿ‘† Rakan-rakan yang saya dikenali semasa STPM dan masih berhubung dengan baik


            Bak kata peribahasa, "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Saya belajar bersungguh-sungguh semasa STPM dan akhirnya saya berjaya untuk mencapai matlamat saya dengan mendapatkan CGPA 4.0 di STPM yang juga dipanggil "4 Flat". Saya juga mendapatkan anugerah-anugerah iaitu pelajar cemerlang Tingkatan Enam dan subjek Ekonomi terbaik di STPM. Saya berasa gembira dan bangga untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut. Anugerah tersebut yang saya boleh dapat juga disumbang oleh guru-guru dan rakan-rakan saya. Mereka telah menjadi orang yang sangat penting dalam hidup saya.๐Ÿ’–✨

 

       
๐Ÿ‘†Saya berjaya graduasi daripada STPM dan menerima anugerah di graduasi.๐ŸŽ“


            Saya pun berjaya menerima tawaran BE di UKM melalui UPU. Saya juga akan menantikan kehidupan universiti saya dan terus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.๐Ÿซ

#intro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Pertama di UKM˙³˙

Pulau Langkawi 4 hari 3 malam