Bilut Hills @ Bentong

Bilut Hills @ Bentong untuk 2 hari 1 malam Pada 20-21 Ogos 2022, keluarga saya mengadakan satu perjalanan keluarga yang 2 malam 1 hari di Bilut Hills @ Bentong. Pakej yang ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad adalah RM268 bagi seorang dewasa dan RM170 bagi seorang kanak-kanak. Pakej Bilut Hills 2022 Sebelum daftar masuk ke Bilut Hills, kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek dan pergi menikmati sarapan pagi bersama-sama dahulu. Kami berkunjung ke Restoran Jin Xuan Hong Kong di Dataran C180, Cheras untuk makan dim sum. Makan sarapan pagi di Restoran Jin Xuan Hong Kong di Dataran C180, Cheras Selepas makan sarapan, kami bertolak bersama-sama ke Bilut Hills sepanjang dua jam. Ketibaan di Bilut Hills pada pukul 1.50pm. Kami bersedia untuk daftar masuk ke resort pada pukul 2pm. Semasa kami mendaftar masuk ke resort, pekerja juga memperkenalkan aktiv...