Minggu Pertama di UKM˙³˙ Minggu pertama saya di UKM ialah Minggu Apresiasi Watan (MAW) yang juga dikenali sebagai orientation week. 8 Oktober 2022,hari Sabtu merupakan tarikh bagi mahasiswa/mahasiswi untuk melaporkan diri di kolej masing-masing. Kolej yang telah saya dapat ialah Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan saya tiba ke sana pada pukul 9:00 pagi. Selepas melaporkan diri dan mendapat kunci bilik, ahli keluarga saya pun menolong saya mengangkat barang-barang ke bilik saya.
Selepas membersihkan dan mengemaskan bilik, saya dan ahli keluarga pun menikmati selera di sebuah restoran yang terletak berhampiran UKM. Selepas itu, saya pun berpisah dengan ahli keluarga saya.😔Oleh sebab keletihan, saya pun mula berehat selepas balik ke bilik saya. Pada pukul 5:00 petang, semua warga KAB telah berkumpul di dataran K4 untuk mendapatkan barang-barang iaitu bag UKM serta baju kolej. Selepas itu, kami juga menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kolej sebagai makan malam.
Beg UKM dan baju kolej yang diagihkan
Pada 9 Oktober, semua mahasiswa dan mahasiswi KAB perlu berkumpul di dataran K4 pada pukul 6:30 pagi. Pembukaan MAW telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abduk Razak (DECTAR) dan kami perlu berjalan kaki ke sana. Sebelum bertolak, kami turut menikmati sarapan iaitu nasi lemak yang disediakan oleh kolej. Pembukaan MAW ini dijalankan dari pukul 8:30 pagi hingga 10:30 malam yang bertujuan untuk berkongsikan maklumat berkaitan UKM kepada mahasiswa/mahasiswi baru.
Semua mahasiswa/mahasiswi berkumpul di DECTAR
Pada 10 Oktober pula, semua mahasiswa/mahasiswi perlu mendengar maklumat-maklumat dan latar belakang yang berkaitan dengan fakulti masing-masing. Saya sebagai mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) pun mendengar perkongsian tentang FEP oleh pensyarah-pensyarah di Dewan Kuliah FEP. Selepas berehat dan makan malam, kami bertolak de DECTAR untuk mendengar ceramah Jati Diri.
MAW yang diadakan di FEP
Ceramah Jati Diri yang diadakan di DECTAR
Pada 11 Oktober, semua mahasiwa/mahasiswi telah dikumpulkan di Dewan Gemilang pada pukul 7.30 pagi untuk menyertai aktiviti senam robik.😄Selepas aktiviti tersebut, kami balik ke kolej masing-masing untuk menyertai aktiviti seterusnya iaitu prakarsa kemenjadian pelajar. Terdapat pelbagai pilihan yang dapat dipilih oleh kami iaitu kebudayaan, sukan , kelestarian , inovasi, keusahawanan dan sebagainya. Saya telah memilih domain Keusahawanan dan kami telah diminta untuk mereka cipta produk-produk atau perniagaan yang ingin dijalankan mengikut kumpulan masing-masing. Pada pandangan saya, aktiviti ini agak menarik kerana kami dapat berkenal dengan kawan-kawan baru serta dapat berkongsi pendapat dan kreativiti masing-masing. Pada malam pula, program Semarak Sukan UKM turut diadakan di stadium UKM. Pembarisan dan persembahan telah disediakan oleh wakil-wakil kolej masing-masing. Atlet-atlet wakil negara seperti Nur Dhabitah Sabri dan Ameer Zainuddin yang merupakan mahasiswa/mahasiswi UKM turut dipelawakan untuk menyertai aktiviti ini. Pada akhir aktiviti itu, kami juga dapat menikmati bunga api yang disediakan oleh pihak berkuasa UKM.
Salah Satu Persembahan Di stadium UKM
12 Oktober pula merupakan hari terakhir MAW. Mahasiswi-mahasiwi dikehendaki untuk berpakaian baju kurung yang berwarna biru manakala mahasiswa-mahasiswa perlu memakai kemeja putih dengan tali leher UKM untuk menghadiri majlis bacaan ikrar yang diadakan di DECTAR. Selepas aktiviti bacaan ikrar tersebut, kami dibenarkan untuk balik ke kolej masing-masing dan berehat. Selepas itu, kami dikehendaki untuk berkumpul di dataran K4 KAB pada pukul 6.00 petang dan bertolak ke DECTAR untuk menikmati Konsert Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta. Terdapat pelbagai persembahan yang berkaitan kebudayaan telah disembahkan. Selepas konsert tersebut, aktiviti terakhir ialah Perang Dectar yang merupakan aktiviti melaungkan slogan kolej masing-masing.
Bacaan Ikrar Pelajar di DECTAR
Konsert Di Sinilah Lahir Sebuah Cinta
Walaupun minggu pertama saya di UKM agak letih😂, namun saya berasa agak gembira kerana dapat mengenali kawan-kawan baru dan menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik. Minggu tersebut pasti akan saya ingati selama-lamanya. 💓
Ulasan
Catat Ulasan