Minggu Pertama di UKM

 16.10.2022 Ahad

Hari ini merupakan hari pertama saya datang ke Kolej Aminuddin Baki, UKM. Saya telah terlepas daripada minggu watan kerana kena COVID-19 pada tarikh lapor diri. Saya tinggal di KAB dengan seorang pelajar BE dari Kajang, namanya Phuan Hui Xin. Selepas lapor diri, ibu dan adik perempuan tolong saya membawa semua barang ke dalam bilik kediaman saya. Disebabkan hari ini hari Ahad, jadi Hui Xin telah balik rumahnya dan belum balik ke kolej. Saya mulai mengelap tingkap, meja, dan perabot yang dimiliki. Selepas membersihkan bilik dan mandi, barulah pukul 5 petang. Saya membeli makanan malam di kafe KAB. Disebabkan hari ini hari pertama saya datang, saya tidak mengenali sesiapa lagi dan makan sendiri dalam bilik kediaman. Selepas itu, saya video call dengan kawan baik saya, Silin. Dia menemani saya untuk mengunjungi KAB dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Saya seseorang yang sikap ekstrovert juga rasa stress dan sunyi pada hari ini, temani Silin telah menyembuhkan saya. Pada pukul 9 malam saya rasa bosan dan letih, jadi saya tidur walaupun Hui Xin belum balik. Setengah jam lepas itu, Hui Xin telah balik, kami saling sapa-menyapa dan saya teruskan tidur. Pada kali pertama saya jumpa Hui Xin, dia nampak macam Silin. Saya sangat letih dan rindu sangat kawan-kawan lama saya, saya hampir nangis sebab saya ingat saya terjumpa Silin.


17.10.2022 Isnin
Hari ini hari pertama saya kelas saya di universiti, saya telah menjadi seorang pelajar prasiswazah. Saya kena hadir kelas Mikroekonomi pada pukul 8 pagi, nasib baik pensyarah tidak memulakan kuliah tepat pada masa sebab saya telah memasuki kuliah yang salah. Pada pukul 11 pagi, saya membeli makanan sarapan di kafe KAB juga. Pada pukul 2 petang, saya dan Hui Xin bersama-sama pergi kelas Perkembangan Pemikiran Ekonomi. Selepas tamat kelas, Hui Xin mengajak saya makan di Hot Meal Bar dengan rakan-rakan lain yang menduduki KAB. Saya rasa bertuah sangat sebab Hui Xin sudi membawa saya untuk mengenali kawan baharu, dan kebiasaan Hui Xin juga lebih kurang sama dengan saya. Sikap ekstrovert rakan-rakan baharu yang dikenali telah mengurangkan tekanan saya yang baru sampai persekitaran baru.


18.10.2022 Selasa

Hari ini Pesta Tanglung telah mengadakan Majlis Pelancaran Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia di Dewan Gemilang. Saya dan beberapa rakan pergi ke Dewan Gemilang pada pukul 7 kerana terdapat pasar dekat sana. Selepas makan, kami memasuki dewan untuk menghadiri majlis ini. Pihak Pesta Tanglung juga mengajak Owen Yap sebagai tatamu untuk menghadiri majlis ini. Owen Yap ialah seorang pemberita TV8 yang saya menonton sejak kecil lagi, dia juga seorang siswazah UKM pada zaman dulunya. Terdapat beberapa persembahan tradisional dan aktiviti juga pada hari tersebut. Setelah tamat majlis, kami berjalan kaki balik ke kolej.



19.10.2022 Rabu
Pukul 10 pagi ini, saya mempunyai kelas citra Nombor dan Mantik di FSSK, jadi saya makan sarapan di Bookworm Cafe di PTSL sebelum kelas mula. Teh hijau panas di Bookworm Cafe sangat dicadangkan sebab rasanya tidak terlalu manis dan wangi sangat. Pada pukul 12 petang, kelas dah tamat dan saya balik ke bilik kediaman saya. Adeline minta tolong saya bersama-sama pergi blok lain untuk membantu rakannya yang baru sembuh dari COVID-19 membawa barang balik ke bilik mereka sendiri. Saya rasa kesiannya mereka kena COVID-19 di sekolah, stress di persekitaran baru dan tiada ahli keluarga atau sesiapa yang boleh membantu mereka, jadi saya pergi tolong mereka. Pada waktu malam saya makan dengan kawan baru yang baru saya tolong petang tadi, iaitu YuanRu dan Aileen.

20.10.2022 Khamis
Hari ini, saya dan beberapa rakan beratur di pusanika untuk menghantar dokumen PTPTN.



21.10.2022 Jumaat
Hari ini kami semua kecuali yang dah kena COVID-19 pergi ke Tuah Cafe Bangi untuk meraih hari jadi YuanRu. Kafe ini adalah kafe halal dan sangat dicadangkan sebab setiap makanan yang kita order adalah sedap dan layak untuk dapat 5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐




22.10.2022 Sabtu
Saya membuat ulang kaji dan menyiapkan tugasan kuliah di PTSL.

#1DUKM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Pertama di UKM˙³˙

Pengenalan diri

Pulau Langkawi 4 hari 3 malam