Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Aktiviti Yang Boleh Mengisi Masa Anda

Imej
Aktiviti yang sering saya lakukan: Mendaki bukit🌄           Sejak saya tingkatan tiga, saya selalu mendaki Bukit Serdang yang terletak di Serdang, Selangor. Dahulu, bukit ini hanyalah satu hutan terbiar. Selepas diubah suai oleh p enggemar mendaki gunung, bukit ini semakin cantik dan menjadi bukit yang sangat popular di Selangor. Bukit Serdang semakin popular disebabkan oleh bukit ini mempunyai satu puncak matahari terbit dan telah menarik minat banyak penggemar mendaki gunung untuk mengambil gambar.           Saya selalu mendaki bukit ini bersama dengan keluarga saya pada hujung minggu. Kami lebih gemar mendaki bukit pada pukul 6.30 pagi kerana cuaca tidak terlalu panas dan juga boleh menikmati pandangan yang cantik seperti matahari terbit. Mendaki bukit ini tidak akan menjadi cabaran yang besar, pemula mendaki gunung boleh cuba mendakit di Bukit Serdang.                  ...

Aktiviti yang saya paling suka di UKM

Imej
  Sebelum memasuki UKM, aktiviti yang saya paling suka ialah bermain badminton. Hai ini kerana badminton lebih seronok dan boleh mencapai tujuan menyihatkan badan. Oleh itu, saya membawa raket saya ke UKM supaya boleh bermain dengan rakan yang baru dikenali. Bertuahnya saya bebab apabila mengenali kawan baru di kolej kediaman, saya mengetahui bahawa kebanyakan mereka berminat untuk bermain badminton dan terdapat sebuah gelanggang badminton di kawasan kolej saya. Gelanggang badminton tersebut tidak mempunyai jaring dan berada di luar, lampunya juga rosak di sebelah kiri. Jadi apabila kami bermain badminton waktu malam,  cahaya lampu di sebelah kanan akan mempengaruhi penglihatan pemain di sebelah kiri, manakala lampu di sebelah kanan telah rosak dan tak akan mempengaruhi pemain di sebelah kanan.  Walau bagaimanapun, kami bersyukurlah kerana gelanggang badminton yang disediakan.   Selepas seminggu kami main di gelanggang badminton, kami telah mengenali senior yang memp...

Apakah Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Mytown Pada Hujung Minggu?( >◡❛)

Imej
Apakah Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Mytown Pada Hujung Minggu?( >◡❛)     Kadang-kala, saya dan kawan-kawan ingin melakukan aktiviti hiburan pada hujung minggu sebagai ganjaran berusaha belajar sepanjang minggu. Untuk blog ini,saya akan memperkenalkan bagaimanakah kami meluangkan masa di pusat membeli-belah Mytown,Cheras. Kami akan menaiki rapid kl bas T451 ke MRT Stadium Kajang untuk menaiki MRT. Selepas itu,kami akan turun di stesen Taman Cochrane yang terus menuju ke Mytown.     Selepas tiba. kami memilih ke IKEA untuk menjamu selera. IKEA bukan sahaja menjual pelbagai jenis perabot atau peralatan rumah, namun juga menawar pelbagai jenis makanan yang sedap. Pada pendapat saya, fishnchips, meatballs, mashed potatoes, mushroom soup dan spring roll di IKEA memang sedap.😋 Ikea menawarkan pelbagai jenis makanan termasuklah pencuci mulut seperti croissant dan cupcake.     Selepas mengisi kelaparan, kami terus menuju ke Loud Speaker Family Karaoke yang terl...